Kuala Lumpur, 25 November 2024 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah menyempurnakan Program Pemerkasaan Usahawan Wira LTAT 2024/2025 (PPUW), sebuah inisiatif yang julung kali dilaksanakan untuk memperkasakan pembangunan sosio-ekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Program ini diwujudkan untuk membantu para veteran dan keluarga mereka dalam mencapai kelestarian kewangan jangka panjang. Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Pertahanan dan LTAT bagi membina ekosistem yang lebih inklusif serta mampan khusus untuk veteran ATM.
LTAT turut menjalankan kerjasama strategik bersama People Systems Consultancy (PSC), pakar latihan keusahawanan yang telah melatih lebih 100,000 peserta dimana lebih 70% berjaya meningkatkan pendapatan mereka di dalam jangka masa tiga bulan.Â
Program perintis bersama LTAT ini menyasarkan seramai 35 usahawan veteran B40. Sepanjang tempoh enam bulan, peserta akan mengikuti program pembangunan kapasiti yang komprehensif, merangkumi modul latihan keusahawanan bersepadu, sesi bimbingan mentor-mentee, pembelajaran dalam talian, dan penguasaan literasi kewangan.