KELANTAN, 3 Mei 2025 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah melaksanakan Program Veteran Desa Madani (VDM) ketiga, selepas di Daerah Kota Bharu dan VDM Slim River.
VDM adalah salah satu program Kementerian Pertahanan bersama-sama dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) yang merupakan sebahagian inisiatif daripada keseluruhan Program Peduli Veteran Madani (PVM).
Terdahulu, YB Adly telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas seorang veteran asnaf di kampung Batu Papan serta menyerahkan kotak makanan dan sumbangan khas. YB Adly turut bertemu dengan seorang usahawan Veteran ATM yang mengusahakan kolam ikan air tawar di Kampung Pulai serta menyerahkan sumbangan benih ikan, dedak makanan ikan dan set jaring kolam ikan sebagai usaha membantu usahawan veteran tersebut khususnya dalam aspek penjagaan dan kualiti produk.
Program Veteran Desa Madani Daerah Gua Musang turut diiringi Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM; Encik Sophian Isswandy bin Ismail, Pengarah JHEV Cawangan Negeri Kelantan; Mejar Wan Abdullah bin Wan Abdul Samad TUDM, serta wakil persatuan-persatuan veteran ATM sekitar Kelantan.