
Kuala Lumpur, 23 Januari 2026 – Program Veteran MADANI (PVM) merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan yang dilaksanakan bagi mendekati Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara bersemuka, sebagai platform untuk memperkukuhkan hubungan, menyantuni kebajikan serta mendengar secara langsung aspirasi dan keperluan warga veteran.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menghargai jasa, pengorbanan dan sumbangan veteran ATM demi kedaulatan serta keselamatan negara.






