KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – Bertemakan Non-Traditional Threat and Emerging Technologies pada Forum Putrajaya 2024 ini, Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah menyampaikan ucaptama beliau dan seterusnya merasmikan forum persidangan anatarabangsa ini yang diadakan di MITEC, Kuala Lumpur.
Forum Putrajaya 2024 ini merupakan satu platform persidangan berskala antarabangsa yang dilaksanakan bertujuan bagi menghimpunkan komuniti penggubal dasar, badan pemikir dan agensi pertahanan serta keselamatan serantau dan antarabangsa. Forum ini telah dihadiri kira-kira lebih 300 peserta dari dalam dan luar negara dengan tekad bagi memupuk kebersamaan dan keterangkuman dalam membina masa depan serantau dan antarabangsa yang lebih berdaya tahan dan makmur untuk faedah kolektif kemanusiaan.
Antara panel pembentang terdiri daripada Menteri Pertahanan Zimbabwe, Oppah Chamu Zvipange Munchiguri Kashir; Timbalan Menteri Pertahanan Republik Turkiye, Dr.Celal Sami TÜFEKÇİ; Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman; Ketua Biro Pengawal Kebangsaan Amerika Syarikat, Jeneral Daniel R. Hokanson; Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr. Su Wai Mon serta moderator Profesor Hajjah Ruhanas binti Harun dan Profesor K.S. Natha.