Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2024

info

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2024 - Dengan tema Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, sambutan Hari Kebangsaan ke-67 telah disambut begitu meriah apabila lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Sambutan ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Dataran Putrajaya di mana acara dimulakan dengan nyanyian lagu keramat Negaraku diringi acara menaikkan Jalur Gemilang.

Sambutan hari penuh bermakna ini telah dijayakan oleh 17,262 orang peserta melibatkan komponen perarakan kumpulan pancaragam, pergendangan, aset hidup, aset kenderaan dan kontinjen Kenegaraan, Komuniti Malaysia MADANI, Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif dan Penyiaran, Sukan Negara, Kesejahteraan serta Keselamatan Negara.

Turut menarik perhatian adalah penglibatan sebanyak 67 buah kenderaan Kontinjen KMJG daripada pelbagai latar belakang kaum, umur dan profesion sebagai simbolik sambutan ke-67 dalam usaha membawa imej kebersamaan dalam kepelbagaian, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Turut serta, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin; Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my