KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2024 - Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2024 Peringkat Kementerian Pertahanan telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Bin Ali bertempat di Padang Kawad, Kem Kementah.
Sambutan Hari Sukan Negara ini telah melibatkan penyertaan seramai hampir 1,000 orang yang terdiri daripada warga tentera ATM dan juga warga awam MINDEF. Hari Sukan Negara HSN 2024 ini merupakan satu hari ikonik tahunan rakyat Malaysia yang dilaksanakan secara serentak bagi meraikan dan mengiktiraf aktiviti sukan, seterusnya menjadikan ianya sebagai pembudayaan sukan dalam kalangan warga tentera ATM dan juga warga awam MINDEF.
Sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2024, acara seperti Senamrobik, Fun Run 3.5 KM, Fun Walk 1.5 KM, Street Soccer, Penalty Shoot-Out, Netball Shoot-Out, Lari Berganti Berpasukan, Strongman Challenge, dan Sukaneka Kanak-kanak telah dilaksanakan bagi menyemarakkan lagi tema Hari Sukan Negara 2024 iaitu Sukan Baharu dan Sukan Rakyat.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, YBrs. Dr. Mohd Bakhari bin Ismail; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan, Tuan Mohd Yani bin Daud; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan, YBhg. Datin Roszanina binti Wahab; Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian dan ATM.