Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

SESI LAWATAN TAPAK BERSEMPENA LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME AND AEROSPACE (LIMA) 2025

mindef

LANGKAWI, 14 Januari 2025 - YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha bersama delegasi Kementerian Pertahanan telah mengadakan sesi lawatan tapak bersempena Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) 2025 yang bakal berlangsung pada bulan Mei. 

Lawatan ini meliputi Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Resort World Langkawi dan Langkawi International Convention Centre (LICC). 

Lawatan ini juga bertujuan bagi melihat fasiliti dan ketersediaan pihak penganjur untuk menyambut pengunjung yang hadir dari dalam dan luar negara kelak. 

Turut hadir Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Pengurusan Tertinggi MINDEF dan ATM serta penganjur, Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC). 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my