KUALA LUMPUR, 30 September 2024 - Sesi Libat Urus Pekeliling Perkhidmatan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah diadakan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) khusus untuk warga kerja pertahanan dan kepada anggota ATM bagi pemakaian surat pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bagi Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia di Auditorium Wisma Pertahanan.
Sesi ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada penjawat awam berhubung Pekeliling Perkhidmatan Awam serta pilihan SSPA yang akan ditawarkan. Terdapat juga sesi pencerahan berkenaan pelaksanaan SSPA kepada seluruh warga kerja.