Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

SESI PERMUKIMAN MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN

info

KUALA LUMPUR, 6 Mac 2024 - YB Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia telah menghadiri Sesi Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Luang Prabang, Lao PDR pada 4 hingga 6 Mac 2024.

YB Menteri Pertahanan menzahirkan sokongan dan komitmen Malaysia terhadap Lao PDR selaku Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ASEAN Defence Ministers’ Meeting, ADMM) pada tahun ini.

Beliau turut menekankan kepentingan ADMM dan ADMM-Plus selaku platform utama dalam mempromosikan dialog pertahanan dan keselamatan serta kerjasama praktikal untuk meningkatkan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.

Melalui pemukiman tersebut, Menteri- menteri Pertahanan ASEAN mengesahkan komitmen untuk merealisasikan Wawasan Komuniti ASEAN 2045, termasuk memastikan sumbangan sektor pertahanan dipertingkatkan demi keamanan, kestabilan dan keselamatan serantau.

Pada masa yang sama, beliau berpeluang mengadakan pertemuan dua hala bersama TYT Jeneral Chansamone Chanyalath, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Lao PDR serta TYT Sutin Klungsang, Menteri Pertahanan Thailand.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my