PUTRAJAYA, 29 Julai 2024 - Sekitar sesi raptai penuh Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan Tahun 2024. Sesi raptai berjalan lancar di Dataran Pahlawan, Putrajaya.
Raptai bermula kira-kira 9.15 pagi, dengan keseluruhan komposisi perbarisan terdiri daripada 18 pegawai dan 677 anggota lain-lain pangkat gabungan ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Leftenan Kol Abang Raduan Abang Madihi dari TUDM, mengambil bahagian dalam istiadat perbarisan tahunan itu.
Perbarisan turut disertai Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).