Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

SESI TOWN HALL KETUA SETIAUSAHA DENGAN WARGA PENJAWAT AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN

mindef

KUALA LUMPUR, 8 Mei 2025 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali telah meluangkan masa bertemu dengan warga penjawat awam Kementerian Pertahanan menerusi sesi Town Hall yang diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan. 

Dalam sesi tersebut, beliau telah berkongsi pengalaman beliau sepanjang berkhidmat dalam sektor awam serta menekankan kepentingan tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti dalam mengurus peruntukan, membina kerjasama strategik, serta memantau pencapaian sasaran Kementerian secara berterusan. Pegawai muda perlu memainkan peranan sebagai agen perubahan yang proaktif, inovatif serta berorientasikan penyelesaian, sejajar dengan kehendak transformasi sektor pertahanan negara.  

Beliau turut menyeru semua penjawat awam muda tampil dengan idea baharu, mengemukakan inovasi proses kerja dan mencabar status quo dengan cara yang bijaksana untuk menterjemah perancangan strategik Kementerian kepada inisiatif dan program yang berimpak tinggi.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my