LANGKAWI, 19 Mei 2025 - Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengetuai sesi Walkabout bersama para pengamal media di Mahsuri International Exhibition Cente (MIEC) dan Resorts World Langkawi (RWL) yang merupakan lokasi berlangsungnya #LIMA2025.
Sesi ini bagi meninjau persiapan akhir penganjuran #LIMA2025 yang bakal membuka tirainya pada esok, 20 Mei hingga 24 Mei 2025.
Penganjuran #LIMA2025 kali ini berkeluasan 16,000 meter persegi menempatkan pelbagai Pameran Aeroangkasa dan Maritim dengan catatan penyertaan sebanyak 860 pempamer dari dalam dan luar negara.Â
Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau berpuas hati dengan persediaan yang dilakukan oleh penganjur serta berharap penganjuran ini berjalan dengan lancar. Â
Turut hadir dalam sesi ini Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari; Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pengurusan Tertinggi MINDEF dan ATM serta wakil-wakil Jabatan dan Agensi.