KELANTAN, 5 Disember 2024 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah mengadakan lawatan ke kawasan Jajahan Pasir Mas yang terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda di kawasan Pantai Timur.
YB Timbalan Menteri Pertahanan kemudiannya melawat ahli Veteran ATM yang tinggal di sekitar Jajahan Pasir Mas dan terkesan dengan banjir yang sedang melanda.Â
Mereka yang telah menerima lawatan adalah Encik Yusrin bin Ariffin dan Puan Haslina binti Mustapha yang menetap di kawasan Lubok Jong, Encik Faizal bin Mustapha di Taman Megah Lagenda dan Encik Che Aziz bin Che Long yang tinggal di Tok Uban.
Selain itu, beliau berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada anggota Tentera Darat Malaysia yang sedang melaksanakan Operasi MURNI (Op MURNI) di sekitar Kawasan Tanggungjawab 8 Briged (KTJ 8 Bgd).Â
Secara keseluruhannya, seramai 424 orang Veteran ATM terjejas akibat banjir. Daripada jumlah tersebut, 299 daripada mereka yang terlibat menetap di Kelantan dan 125 orang Veteran ATM di kawasan Terengganu.