JOHOR, 8 Disember 2024 - YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha mengadakan tinjauan tapak di Kampung Baru Pasak Tinggi, Kota Tinggi yang merupakan lokasi terpilih untuk Kementerian Pertahanan di bawah Program Kampung Angkat MADANI.Â
Semasa lawatan, YBhg. Datuk KSU telah memantau kemajuan projek fizikal di kampung tersebut serta menerima taklimat berkenaan persiapan Majlis Perasmian Kampung Angkat pada 15 Disember akan datang.Â
Sebanyak 10 inisiatif telah dirangka bagi penduduk Kampung Baru Pasak Tinggi, Kota Tinggi .Di antaranya adalah menaik taraf jalan, membina surau baharu dan membina dua unit pusat komuniti.
Beliau turut berkesempatan menyantuni usahawan wanita yang akan mengusahakan projek tanaman cendawan di bawah Program ini dan penerima inisiatif baik pulih rumah oleh JHEV ATM.