KUALA LUMPUR, 10 Mac 2024 - Â YB Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah mengadakan tinjauan ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Tun Abdul Razak, Kem Sungai Besi.
Tinjauan ini bertujuan bagi melihat perkembangan penyelenggaraan beberapa buah RKAT sebagai inisiatif untuk menyediakan kediaman kepada warga ATM dengan lebih selesa.
Â
Dalam pada masa yang sama, YB Menteri Pertahanan turut menyampaikan peruntukan penyelenggaraan bagi Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Sungai Besi bernilai RM9.33 juta.