Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

TINJAUAN TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN KE SABAH

infoSABAH, 26 Januari 2024 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah mengadakan tinjauan kesiapsiagaan Pemerintahan Armada Timur di Pantai Barat Sabah yang melibatkan Stesen Luar Pantai (SLP) Gugusan Semarang Peninjau Stesen LIMA, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK).

Beliau telah membuat lawatan ke beberapa pusat pengoperasian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kota Kinabalu iaitu SLP Stesen LIMA TLDM dan Stesen Udara Kota Kinabalu (SUKK) yang melibatkan perolehan Radar dan penambahbaikan Aerodrome serta Infrastruktur di Pulau Layang-Layang.

Lawatan ini turut merangkumi tinjauan ke Kapal Littoral Mission Ship (LMS) dan Pusat Simulasi Latihan Kapal Selam serta pembinaan RKAT TLDM yang sedang dilaksanakan di Sepanggar.

Dalam pada yang sama, beliau telah beramah mesra bersama sama warga TDLM di sana sekaligus memastikan kebajikan mereka terpelihara.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my