Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

Tinjauan Timbalan Perdana Menteri Ke Kawasan Bencana Banjir di Kota Tinggi

infoJOHOR, 9 Januari 2024 - Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan tinjauan ke kawasan bencana banjir dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Kota Tinggi.

Dalam tinjauan ini, YAB Timbalan Perdana Menteri telah melawat khemah penempatan mangsa banjir di mana kediaman mereka ditenggelami air dan tiada tempat untuk berlindung serta disusuli penyerahan kit makanan keperluan asas kepada mereka.

Dalam pada masa yang sama, turut disaksikan penyerahan sistem penapisan Air Mudah Alih daripada FASC President dan Group of Chief Executive Officer kepada Ketua Pesuruhjaya APMM.

Hadir sama mengiringi Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my