Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

TLDM TERIMA ASET BAHARU DALAM MELINDUNGI PERAIRAN SABAH TIMUR

infoSABAH, 2 Februari 2024 – Sebanyak 4 buah Fast Interceptor Craft (FIC) G2000 Mk II fasa pertama telah diterima oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Gading Marine Industry Sdn Bhd di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Projek perolehan fasa pertama ini telah dibina sepenuhnya di Sitiawan, Perak dan berjaya disiapkan dalam tempoh 16 bulan. Manakala, keseluruhan perolehan adalah sebanyak 13 buah FIC G2000 Mk II yang melibatkan 3 fasa akan dilaksanakan secara berperingkat.

FIC G2000 Mk II sepanjang 18 meter dilengkapi dengan Remote Control Weapon Station (RCWS) Escribano yang membolehkan penembakan senjata jenis CANiK M2 Quick Change Barrel (QCB) 12.7mm Heavy Machine Gun (HMG) secara automatik. Ianya juga berkemampuan untuk mencapai kelajuan sehingga 52 knot.

Keempat-empat aset ini akan ditempatkan di Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2), Sandakan bagi memperkasa tahap keselamatan maritim terutama di perairan Sabah Timur selain bertindak sebagai aset pelengkap atau force multiplier kepada TLDM.

Penyerahan ini telah disaksikan dan disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin. Hadir sama Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my