PUTRAJAYA, 26 April 2024 – YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha telah menghadiri Townhall Lebaran Aidilfitri Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Program ini turut dihadiri oleh para pegawai PTD yang bertugas di Kementerian Pertahanan.
Sesi townhall ini menekankan tentang peranan penjawat awam khususnya PPTD untuk mengamalkan kecepatan dan kepantasan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan segera; Memperbaiki tatakelola dan meningkatkan integriti; Mempunyai sifat empati, merendah diri atau tawaduk dalam menjalankan tugas; dan Meningkatkan kemahiran penjawat awam.
Memetik ucapan YAB Perdana Menteri, beliau turut memesan agar penjawat awam sentiasa memikirkan kepentingan rakyat dan berkhidmatlah dengan telus.
Â