Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

TRACK II NETWORK OF ASEAN DEFENCE AND SECURITY INSTITUTIONS (NADI) ANNUAL GENERAL MEETING

mindef

GENTING HIGHLANDS, 29 April 2025 – Mesyuarat 21st Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Annual General Meeting diteruskan dengan pembentangan dua sesi utama yang membincangkan peranan strategik ASEAN dalam mempertahankan perpaduan serantau.

Sesi II menumpukan kepada pembentangan bertajuk “The Strategic Role of ADMM in Addressing the Complex and Diverse Challenges Facing ASEAN Unity”, dengan penyertaan wakil-wakil dari Brunei (SHHBIDSS), Kemboja (GDPFA), Indonesia (CSSRD, TNI), Lao PDR (MSHD), Malaysia (MiDAS), Filipina (NDCP) dan Thailand (SSC).

Sesi III pula membincangkan topik “Harnessing Emerging Technologies to Strengthen ASEAN Unity: A Strategic Perspective from ADMM”, dengan pembentangan oleh Indonesia (RIDU), Malaysia (NDUM), Myanmar (OCAFT), Filipina (OSSSM), Singapura (RSIS) dan Vietnam (IDS).

Melalui sesi ini, para delegasi bertukar pandangan strategik berkaitan cabaran keselamatan serantau dan potensi teknologi baharu dalam memperkukuh perpaduan ASEAN, sejajar dengan matlamat mempertahankan kestabilan dan keselamatan rantau ini.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my