Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

TUDM LAKSANAKAN PENERBANGAN IHSAN BAWA PESAKIT DARI PULAU TIOMAN KE HTAA

mindef

KUANTAN, 3 April 2025 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan (mercy flight) membawa seorang pesakit dari Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman ke Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Pesakit, Encik Rahim bin Shadan, berusia 58 tahun yang mengalami “Severe Pneumonia with Bronchospasm and Pulmonary Edema”  perlu dipindahkan segera ke hospital besar berikutan beliau memerlukan bantuan oksigen yang tinggi akibat penyakit yang dihadapinya.

Pesawat EC 725AP daripada No 10 Skuadron, Pangkalan Udara (PU) Kuantan telah diatur gerak pada jam 10.55 pagi tadi bersama dua orang pegawai perubatan HTAA. Pesawat tiba di Lapangan Terbang Pulau Tioman pada jam 11:26 pagi.
Pesawat kemudiannya berlepas semula ke PU Kuantan bersama pesakit dan tiba pada jam 12:38 tengah hari. Pesakit kemudiannya telah dibawa ke HTAA menggunakan ambulans.

Penerbangan ini telah diketuai oleh Mejar Mohamad Horas Matupang bin Kardi TUDM serta dibantu oleh Kapt Muhammad Suzaini bin Saleh TUDM selaku pembantu juruterbang. Turut terlibat dalam misi ini adalah Kuartermaster Udara, Flait Sarjan Jilvanio Stephanus dan Sarjan Udara Muhammad Izuddin bin Mansor serta anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU), Koperal Udara Fabian Petrus dan Koperal Udara Muhammad Raziq Ronally bin John.  

Walaupun berdepan dengan cuaca buruk semasa melaksanakan misi tersebut, anak kapal No 10 Skuadron berjaya menyempurnakannya dengan selamat. Kejayaan ini membuktikan pegawai dan anggota serta aset TUDM sentiasa dalam siap siaga sebilang masa bagi melaksanakan sebarang operasi yang diamanahkan walaupun sebilangan rakyat Malaysia yang lain masih lagi meraikan hari raya.

Sumber : Tentera Udara Diraja Malaysia

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my