KUALA LUMPUR, 23 September 2024 - YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali secara rasminya memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan hari ini.Â
Ketibaan beliau disambut oleh Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian serta pegawai kanan ATM.
YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali kemudiannya menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja di pekarangan Wisma Pertahanan.Â
Sejurus selesai, beliau seterusnya menandatangani dokumen mula tugas sebagai simbolik permulaan tugas.