Content
Latihan Industri
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content
Latihan Industri

Kementerian Pertahanan menawarkan peluang latihan industri kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta dalam dan luar negara.

Tawaran ini turut dibuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf.

Pelajar perlu membuat permohonan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh latihan industri bermula. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja. Permohonan yang berulang tidak akan dipertimbangkan.

Maklumat lanjut sila hubungi: 03-4012 5108/ 6551

Cara Memohon

Pelajar perlu melampirkan dokumen sokongan seperti :
- Resume pelajar
- Transkrip pengajian
- Surat rasmi daripada IPTA/ IPTS

(Dokumen dalam format PDF/ JPEG jika dihantar melalui emel)

Permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat :

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 2, Pintu 02.02
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(u.p.: Cawangan Tadbir)

atau melalui emel kepada:
latihanindustri@mod.gov.my