Select your language

Content
Latihan Industri
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content
Latihan Industri

Kementerian Pertahanan menawarkan peluang latihan industri kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia di Universiti Awam (UA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara.

Tawaran ini turut dibuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf.

Pelajar perlu membuat permohonan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh latihan industri bermula. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja. Permohonan yang berulang tidak akan dipertimbangkan.

Maklumat lanjut sila hubungi: 03-4012 5108/ 6551

Cara Memohon

Pelajar perlu melampirkan dokumen sokongan seperti :
- Resume pelajar
- Transkrip pengajian
- Surat pengesahan daripada UA/ IPTS

(Dokumen dalam format PDF/ JPEG jika dihantar melalui emel)

Permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat :

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 2, Pintu 02.02
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(u.p.: Cawangan Tadbir)

atau melalui emel kepada:
latihanindustri@mod.gov.my