


Reka bentuk ini melambangkan Kementerian Pertahanan sebagai kementerian yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai sepunya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan seperti berikut:


Integriti
Tadbir urus yang baik, beretika, tegas, tulus dan kebolehpercayaan.

Cekap
Memperoleh hasil yang terbaik menerusi cara yang paling efektif dengan mengekalkan dasar dan prosedur yang dinamik dan relevan sambil menyokong tenaga kerja yang berkualiti secara konsisten.

Profesional
Melaksanakan tugas melalui kaedah yang terbaik dan wajar dengan tahap kualiti yang tinggi dan berfikiran jauh.

Setiap ciri pada imej korporat MINDEF mempunyai makna yang terperinci bagi melambangkan Kementerian Pertahanan Malaysia.
Merupakan permulaan huruf bagi perkataan “MINDEF”.
Melambangkan warga kerja MINDEF yang terdiri daripada kakitangan awam dan Angkatan Tentera Malaysia.
Menggambarkan pertahanan sebagai tonggak atau tugas utama kementerian dalam memastikan Malaysia selamat, berdaulat dan makmur.
Gabungan warna-warna rasmi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).