UNIT KOMUNIKASI STRATEGIK
- Mengkoordinasikan gerak kerja bersama media tempatan dan luar negara untuk setiap aktiviti Kementerian Pertahanan.
- Membuat hebahan informasi 2 hari sebelum aktiviti berlangsung dan memastikan liputan dibuat dalam tempoh 5 jam selepas aktiviti
melalui media sosial Kementerian Pertahanan seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram.
- Membuat liputan gambar dan video semua aktiviti yang melibatkan Kementerian Pertahanan.
- Memantau Laporan Akhbar Harian yang berkaitan dengan Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan dan Agensi pada setiap hari bekerja.
- Penerbitan Laporan Tahunan Kementerian Pertahanan Malaysia sekali setahun.
- Mengedarkan potret rasmi pemimpin seperti Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan dan Ketua Setiausaha kepada setiap Bahagian, Jabatan, Agensi dan Markas Formasi.
- Memperakui penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam (hari bekerja) selepas penerimaan aduan.
- Memberikan maklumbalas tentang status aduan yang diambil tindakan sama ada telah selesai atau memerlukan siasatan lanjut
dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.
- Panggilan telefon di Ibu Sawat Kementerian Pertahanan dijawab dalam 3 kali deringan.
- Pantas dalam menyambungkan panggilan pelanggan dalam 1 minit.
- Menjawab panggilan dengan nada suara yang jelas dan menggunakan bahasa yang bersesuaian.
- Proses pendaftaran di perkhidmatan kaunter pelawat dalam tempoh 3 minit.
- Proses pemulangan semula Kad Pengenalan kepada pelawat dalam tempoh 1 minit.
- Memberi maklumat yang tepat kepada pelawat.
- Memberi layanan mesra dan menjaga imej Kementerian Pertahanan sebagai barisan hadapan.
Muat Turun
Muat turun maklumat penuh Piagam Pelanggan Kementerian Pertahanan