Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) MINDEF 2021-2025 dibangunkan untuk memnentukan hala tuju dan berperanan sebagai blueprint strategik pendigitalan Kementerian Pertahanan bagi tempoh lima tahun. PSP MINDEF 2021-2025 menjelaskan Visi, Misi, Objektif, Hala Tuju Teras Strategik dalam penyediaan perancangan digital tahunan selaras dengan Visi, Misi dan Objektif Kementerian Pertahanan.
PSP MINDEF 2021-2025 ini merupakan pemangkin kepada kesinambungan untuk memacu Transformasi Digital Sektor Awam selaras dengan Teras 1, Rangka Tindakan (Blueprint) Malaysia Digital Economy (MyDIGITAL) yang telah ditetapkan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
Teras 1
Pemanfaatan Kepintaran Data & Perkhidmatan Digital Inklusif & Bersepadu
Memperkasa perkhidmatan penyampaian digital yang merentasi Agensi dan Perkhidmatan ATM serta menggalakkan pembuatan keputusan yang tuntas dan tangkas berteraskan analisis data Kementerian.
Teras 2
Pengoptimuman Perkhidmatan Infrastruktur & Rangkain ICT
Memperkasa perkhidmatan infrastruktur dan rangkain ICT yang optimum serta efisyen.
Teras 3
Memperkasakan Perkhidmatan Keselamatan Siber
Menjamin perlindungan keselamatan maklumat dan aset ICT dari segi kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan.
Teras 4
Tadbir Urus Yang Holistik Dan Tangkas
Memantap dan mengukuhkan dasar dan program secara holistik dan memperkasa tadbir urus dan kepimpinan digital.
Teras 5
Mengukuhkan Pengurusan Modal Insan & Kepakaran
Memantapkan inisiatif promosi dan latihan dalam mempertingkatkan kompetensi personel.