SABAH, 7 Julai 2024 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan lawatan kerja ke Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Operasi Padanan And Sipadan Island Resort (Op PASIR) Sektor Bravo, Pulau Berhala, Sandakan bagi melihat tahap pengoperasian Op PASIR di sana.Â
YB Menteri Pertahanan turut berpeluang melihat dengan lebih jelas kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar kawasan operasi, meninjau keadaan keselamatan setempat dan bertemu dengan para pegawai dan anggota ATM yang ditempatkan di sekitar Sandakan.
Semasa lawatan, YB Menteri Pertahanan turut menyampaikan sumbangan berupa pembelian peralatan sukan dan rekreasi bernilai RM10,000 oleh Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera bagi kegunaan anggota operasi KTJ OP PASIR Sektor Bravo.Â