KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 - Mesyuarat ke-59 Five Power Defence Arrangements (FPDA) Consultative Council (FCC) telah dipengerusikan bersama oleh YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan TYT Chan Heng Kee, Setiausaha Tetap (Pertahanan).
Mesyuarat membincangkan tentang pencapaian, hala tuju dan perancangan eksesais serta aktiviti FPDA. Selain itu, persediaan Mesyuarat ke-12 FPDA Defence Ministers’ Meeting (FDMM) di peringkat Menteri Pertahanan yang akan diadakan di Singapura pada 31 Mei 2024 turut dibincangkan.
Hadir sama Duta Besar Australia, New Zealand, United Kingdom dan Headquarters Integrated Area Defence System (HQIADS).