Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PERASMIAN TURKISH AEROSPACE MALAYSIA’S CYBERJAYA OPERATIONS HUB

info

CYBERJAYA, 9 Mei 2024 – Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato ’ Seri Mohamed Khale d bin Nordin telah merasmikan hab pejabat operasi Turkish Aerospace Malaysia bertempat di Blok 3720 Coplace 5, Cyberjaya.

Turkish Aerospace ini telah mula beroperasi pada 2021 sebagai pusat kejuruteraan komponen aeroangkasa (Engineering Design Center). Dengan menggunapakai nama Turkish Aerospace Malaysia, syarikat yang berdaftar di Malaysia di atas nama TUSAS Malaysia Sdn Bhd ini kini telah berkembang pesat dengan mempunyai seramai hampir 120 orang pegawai, pakar dan jurutera tempatan.

Turkish Aerospace merupakan salah satu pemain industri yang dapat menyumbang untuk merealisasikan sasaran Pelan Tindakan Dasar Pertahanan Negara (Defense Industry Blueprint) dan Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055 atau dikenali sebagai CAP55 (Capability Development 55).

Kehadiran pejabat Turkish Aerospace di Malaysia ini bukan sahaja menyumbang kepada pengukuhan industri pertahanan negara, malah melibatkan juga industri aeroangkasa secara amnya.

YB Menteri Pertahanan turut melawat operasi syarikat dan menyaksikan demonstrasi produk avionik termaju yang dibangunkan sepenuhnya di Cyberjaya ini. Avionik merupakan komponen elektronik utama ibarat ‘otak’ yang mengawal semua pesawat-pesawat moden. Avionik ini telah meletakkan Malaysia di pentas dunia dan menjadi di antara hanya sebilangan kecil negara elit terpilih yang memiliki kepakaran untuk merekacipta dan membangungkan sepenuhnya komponen avionik utama pesawat-pesawat sub-sonik dan supersonik.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my