KUALA LUMPUR, 25 Jun 2024 - Sekitar Program Hari Bersama Pelanggan Secara Maya Kementerian Pertahanan yang telah berjaya dilaksanakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.
Seramai 32 petugas yang terdiri daripada 12 Bahagian/ Cawangan/ Jabatan di bawah Kementerian Pertahanan terlibat dalam pelaksanaan program ini. Kaedah interaksi yang digunakan ialah menggunakan aplikasi “live chat”.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah urusan semakan gaji & pencen warga ATM, LPPSA, perkhidmatan pencarum LTAT, semak baki hutang PERNAMA, Koperasi Tentera, urusan Unit HRMIS Awam & ATM, PERHEBAT, JHEV dan sebagainya.