Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PROGRAM PEDULI VETERAN MADANI (PVM) JOHOR

info

JOHOR, 22 Jun 2024 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah melaksanakan Program Peduli Veteran Madani (PVM) dengan menyantuni 11 orang veteran ATM dalam rangka siri lawatan kebajikan beliau ke daerah Muar selama 2 hari bermula pada 21 hingga 22 Jun 2024.

Lawatan kebajikan kepada veteran ini melibatkan mereka yang sedang uzur, sakit kronik dan memerlukan perhatian. YB Timbalan Menteri Pertahanan turut berbesar hati menyerahkan bakul sumbangan terdiri daripada barangan keperluan harian. 

Selain daripada itu, YB Adly juga bertemu dan bertukar pandangan dengan 2 orang usahawan veteran yang mengusahakan kedai makan dan kedai gunting rambut di sekitar Muar.  

Seterusnya, beliau mengadakan sesi dialog bersama Persatuan Veteran ATM Negeri Johor bagi berbincang secara terus bersama ahli-ahli veteran ATM di sekitar Johor. Dalam masa yang sama beliau juga telah memanfaatkan peluang ini untuk menyampaikan dasar dan maklumat terkini berkaitan hal ehwal veteran.

Inisiatif PVM bertindak sebagai medan untuk interaksi secara dua hala antara Kementerian Pertahanan dan Veteran ATM melibatkan 5 fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan, dan pemerkasaan ekonomi veteran ATM.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my