Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PROGRAM VETERAN MADANI (PVM) PERINGKAT NEGERI PAHANG

info

CAMERON HIGHLAND, 21 Mei 2024 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah bertemu dan menyantuni Veteran ATM di sekitar Cameron Highland menerusi Program Veteran Madani (PVM) peringkat Negeri Pahang.

Dalam menzahirkan komitmen kementerian untuk mendekati Veteran ATM dari semua lapisan kaum, YB Adly Zahari telah menyantuni veteran dari kalangan orang asli. Ia merangkumi lawatan kebajikan kepada 5 orang veteran yang sedang sakit kronik dan uzur.

YB Adly juga telah berpeluang untuk berinteraksi dengan warga veteran menerusi Sesi Dialog bersama Veteran ATM Negeri Pahang. Dalam interaksi ini,  beliau telah memberi respon terus terhadap isu-isu yang dikemukakan serta menzahirkan komitmen bahawa cadangan yang baik akan diperhalusi di peringkat JHEV dan Kementerian.

Inisiatif Peduli Veteran Madani (PVM) merupakan usaha Kementerian Pertahanan memperkasakan kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM seperti yang telah digariskan di bawah Teras 7 Pelan Strategik MINDEF iaitu Penambahbaikan Pengurusan Kemudahan Bantuan Kebajikan.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my