Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

TRACK II NETWORK OF ASEAN DEFENCE AND SECURITY INSTITUTIONS (NADI) ANNUAL GENERAL MEETING

mindef

GENTING HIGHLANDS, 29 April 2025 – Mesyuarat Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Annual General Meeting diadakan di Malaysia sempena Kepengerusian ASEAN 2025, bermula pada 29 April hingga 1 Mei 2025 bertempat di Resorts World Awana, Genting Highlands, Pahang.

Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh Leftenan Jeneral Dato’ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Ketua Eksekutif Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS), yang turut merangkap sebagai Pengerusi NADI Annual General Meeting 2025.

NADI merupakan sebuah mekanisme Track II yang memfasilitasi dialog berterusan dan pertukaran intelektual dalam kalangan institusi pemikir pertahanan dan keselamatan negara-negara ASEAN. Ia ditubuhkan bagi menyokong dan melengkapkan proses formal ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) serta memainkan peranan penting dalam memperkukuh kepercayaan serantau, meningkatkan ketelusan dan membina kerjasama strategik yang mampan.

Sebanyak 13 institusi dari negara anggota ASEAN menyertai mesyuarat ini, dengan kehadiran seramai 43 orang delegasi, termasuk wakil dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Antara tumpuan utama mesyuarat kali ini ialah perbincangan strategik mengenai peranan ADMM dalam menghadapi cabaran serantau yang semakin kompleks dan pelbagai, serta bagaimana teknologi baharu boleh dimanfaatkan untuk memperkukuh perpaduan ASEAN dari perspektif keselamatan dan pertahanan.

Malaysia komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh kerjasama pertahanan serantau menerusi platform strategik seperti NADI.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my