Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

UCAPTAMA SEMPENA 21ST TRACK II NETWORK OF ASEAN DEFENCE AND SECURITY INSTITUTIONS (NADI) ANNUAL GENERAL MEETING

mindef

GENTING HIGHLANDS, 29 April 2025 – YBhg. Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan Malaysia, mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, telah menyampaikan ucaptama sempena 21st Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Annual General Meeting bertemakan “ASEAN Unity for Security and Prosperity.”

Mewakili Ketua Setiausaha, beliau menyeru agar ASEAN memperkukuh solidariti serantau dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks. Beliau turut menghargai tindakan pantas negara-negara ASEAN dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar susulan gempa bumi baru-baru ini, yang mencerminkan kekuatan dan kesepaduan ASEAN dalam menangani krisis.

Meneruskan amanat Ketua Setiausaha, tiga fokus utama Malaysia semasa Kepengerusian ASEAN 2025 telah dikongsikan: mengekalkan kestabilan serantau, memperkukuh peranan diplomatik ASEAN menerusi ADMM dan ADMM-Plus, serta mempererat kerjasama pertahanan dan hubungan strategik dengan rakan-rakan ASEAN.

Ketua Setiausaha turut menekankan kepentingan ASEAN untuk kekal neutral di tengah-tengah persaingan geopolitik global, dengan menekankan tindakan kolektif sebagai kunci utama dalam memastikan keamanan dan kemakmuran rantau ini. Beliau turut mengiktiraf peranan NADI sebagai platform strategik yang menyumbang kepada dasar pertahanan dan keselamatan ASEAN.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my