SABAH, 12 Mei 2024 - YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan meneruskan siri jelajah Peduli Veteran Madani (PVM) di Wilayah Sabah bermula daripada 10 hingga 12 Mei 2024.
PVM yang dijalankan ini merangkumi lawatan kebajikan ke 13 buah rumah Veteran yang memerlukan bantuan disamping menyerahkan bantuan peralatan pesakit seperti katil pesakit, kerusi roda, tongkat, lampin pakai buang dan susu serta sumbangan wang tunai dan kotak makanan pada veteran yang diziarahi.Â
Turut disampaikan sumbangan 500 Bakul Rahmah semasa sesi dialog bersama Persatuan-Persatuan Veteran ATM di Kota Kinabalu, Sabah.
YB Timbalan Menteri Pertahanan juga telah menjejaki 4 orang usahawan Veteran ATM sebagai usaha untuk pengumpulan data usahawan Veteran ATM di seluruh negara disamping menyampaikan sumbangan sebagai insentif PVM.
Turut disampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 1 orang veteran di Kota Kinabalu.
JHEV ATM akan meneruskan 5 Skim Bantuan Kebajikan iaitu Bantuan Sara Hidup, Bantuan Persekolahan, Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi, Bantuan Peralatan Pesakit dan Bantuan Bencana Alam melibatkan peruntukan sebanyak RM244 juta. Â Kementerian Pertahanan beriltizam untuk terus komited mempertingkatkan program cakna agar tiada Veteran ATM yang terpinggir daripada menerima insentif yang disediakan.