Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

LAWATAN KERJA RASMI MENTERI PERTAHANAN KE TURKIYE

info

REPUBLIK TURKIYE, 9 Jun 2024 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah tiba di Ankara bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama lima hari.

Dalam rangka lawatan rasmi ini, YB Menteri Pertahanan akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat beliau, TYT Yaşar Güler, Menteri Pertahanan Nasional Republik Turkiye dan seterusnya mempengerusikan bersama Mesyuarat Malaysia - Turkiye _High Level Committee on Defence Cooperation_ (HLC) buat julung kalinya.

YB Menteri Pertahanan turut dijadualkan untuk mengadakan pertemuan dengan Prof. Haluk Görgün, Setiausaha Secretariat of Defence Industries (SSB), sebuah institusi yang ditubuhkan Kerajaan Republik Türkiye untuk menguruskan industri pertahanan Türkiye dan pembekalan teknologi ketenteraan. Pertemuan yang sama juga akan diadakan bersama anak syarikat dan sekutunya, STM.

Semasa di SSB, satu Memorandum Persefahaman (MoU) on Government-to-Government Procurement for Defence Products serta Perjanjian-Perjanjian Kolaborasi dan Kerjasama turut melibatkan pemain-pemain industri pertahanan Malaysia dan Türkiye akan dimeterai.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my