Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

LAWATAN RASMI TUAN YANG TERUTAMA (TYT) YAŞAR GÜLER, MENTERI PERTAHANAN NASIONAL REPUBLIK TURKIYE KE KEMENTERIAN PERTAHANAN

info

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2024 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah menerima Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yaşar Güler, Menteri Pertahanan Nasional Republik Turkiye ke Kementerian Pertahanan pada hari ini. Pertemuan ini merupakan pertemuan kali kedua selepas kedua-dua pemimpin bertemu buat kali pertama semasa Lawatan Rasmi Menteri Pertahanan Malaysia ke Ankara pada 11 Jun 2024.

Antara perkara yang telah dibincangkan semasa sesi kunjungan hormat adalah hasrat kedua-dua Kementerian Pertahanan untuk meningkatkan dan memperkukuhkan kerjasama pertahanan dua hala melalui pemeteraian Memorandum of Understanding (MoU) on Defence Cooperation yang baharu serta bersetuju untuk memuktamadkan draf MoU tersebut pada hujung tahun 2024.
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk meneroka peluang-peluang baharu yang boleh meningkatkan tahap kebolehoperasian dan kesiapsiagaan kedua-dua angkatan tentera dalam semua domain iaitu darat, laut, udara, siber, AI dan perkongsian risikan.

Dalam bidang industri pertahanan pula, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meneroka kerjasama industri pertahanan melalui Industrial Collaboration Programme (ICP), pembuatan bersama (joint manufacturing), pertukaran kepakaran, pemindahan teknologi (transfer of technology) yang menjurus kepada pembentukan dan pembangunan ekosistem industri pertahanan negara.

Terdahulu, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengiringi TYT Yaşar Güler ke Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bagi kunjungan hormat ke atas YAB Perdana Menteri Malaysia semalam. Di samping itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan pelbagai isu keselamatan antarabangsa khususnya perang Palestine - Israel dan lain-lain konflik di Timur Tengah. Lawatan ini mencerminkan hubungan akrab antara kedua-dua negara dalam bidang pertahanan selaras dengan Tonggak Ketiga Strategi Pertahanan iaitu Perkongsiaan Berwibawa yang digariskan dalam dalam Kertas Putih Pertahanan. 

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my