MELAKA, 15 Mei 2024 – Seramai 166 orang warga awam dan 43 orang pesara dan bakal pesara telah diraikan dalam satu Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Jasamu Dikenang Tahun 2024 peringkat Zon Selatan bagi menghargai sumbangan dan penghargaan kepada warganya.
Penerima APC telah diberikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi wang tunai bernilai RM 1,000.00 manakala bagi Pesara awam yang bersara wajib dan pilihan masing-masing akan menerima Sijil Penghargaan serta wang tunai berjumlah RM 600.00 dan hanya pesara wajib sahaja yang akan menerima pingat PPT.Â
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) di Dewan Serbaguna, Kem Terendak 10 Briged, Melaka.
Selain itu, penganugerahan ini juga telah digariskan di dalam Pelan Strategik Kementerian Pertahanan  (PSM) di bawah Teras 3: Pelestarian Kesejahteran Warga Kerja Pertahanan (WKP). Pengiktirafan dan penganugerahan ini dapat mendorong WKP ke arah memberikan khidmat bakti yang terbaik.