TURKIYE, 11 Jun 2024 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawat beliau, TYT Yasar Guler di Kementerian Pertahanan Nasional Turkiye (MoND), Ankara.
Dalam pertemuan ini, Kedua-dua Menteri berkesempatan mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Pertama Malaysia - Türkiye High Level Committee on Defence Cooperation (HLC).Â
Antara yang dibincangkan adalah berkaitan pengukuhan hubungan pertahanan kedua-dua negara selain bertukar pandangan mengenai keselamatan dan pertahanan negara. Kemudiannya, kedua-dua Menteri telah menyaksikan pemeteraian Perjanjian Rangka Kerja Kerjasama (CFA) antara industri pertahanan tempatan, AIROD dan syarikat pertahanan milik negara Türkiye, ASFAT.
Sebelumnya, ketibaan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin disambut oleh Pasukan Istiadat dan Perbarisan MoND sebagai simbolik kunjungan rasmi delegasi Kementerian Pertahanan Malaysia.