KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah menyaksikan majlis menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) di antara Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Global Turbine Asia Sdn. Bhd. (GTA) di MITEC.
Kolaborasi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Jejak Bakat Anak Tentera (JEBAT) YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendokong usaha kerajaan dalam memantapkan kelestarian Pendidikan dan Latihan Kemahiran dalam pelbagai bidang seperti sains, sastera, perniagaan, kejuruteraan dan lain-lain secara holistik di samping meningkatkan kebolehpasaran anak-anak warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menyediakan latihan industri serta laluan bagi penempatan pekerjaan yang kompetitif.
Inisiatif ini bakal dilaksanakan selama tempoh selama 2 tahun bermula Jun 2024 sehingga Mei 2026.