Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

MESYUARAT MENTERI-MENTERI PERTAHANAN (FDMM) PERJANJIAN PERTAHANAN LIMA NEGARA (FPDA) KE 12

info

SINGAPURA, 31 Mei 2024 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah mengetuai delegasi Malaysia bagi menyertai Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan (FDMM) Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) ke 12 yang diadakan di Hotel Conrad Singapore Orchard.

Kehadiran YB Menteri Pertahanan ke Mesyuarat ke-12 FDMM adalah penting bagi memastikan hubungan kerjasama pertahanan pelbagai hala antara Malaysia dengan negara-negara anggota FPDA dapat dikekalkan dan seterusnya dipertingkatkan selaras dengan Tonggak Strategi Perkongsian Berwibawa yang digariskan di dalam Kertas Putih Pertahanan yang memberi penekanan kepada hubungan pertahanan antarabangsa bagi memastikan keselamatan negara, kestabilan serantau dan keamanan sejagat.
 
FDMM merupakan mesyuarat peringkat tertinggi FPDA yang dihoskan secara bergilir antara Malaysia dan Singapura. FDMM kali ini dipengerusikan oleh Dr. Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Singapura dan turut dihadiri oleh Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles, Menteri Pertahanan New Zealand, Judith Collins dan Ketua Delegasi United Kingdom, Paul Wyatt. Mesyuarat telah membincangkan mengenai perkembangan terkini aktiviti-aktiviti di bawah FPDA termasuk eksesais Bersama Lima pada Oktober 2023 dan Bersama Shield yang telah dilaksanakan pada April 2024. Mesyuarat turut membincangkan halatuju bagi meningkatkan nilai profesional eksesais FPDA.

Selepas Mesyuarat FDMM, Menteri-menteri Pertahanan negara anggota FPDA turut membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Singapura yang baharu, Lawrence Wong di Istana Singapura sebelum FDMM berakhir dengan rasminya.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my