JOHOR, 12 Mei 2024 - Seramai 505 orang Veteran ATM, balu serta wakil waris telah menerima penganugerahan Pingat Jasa Malaysia di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Johor Bahru.
Penerima yang terdiri daripada 485 Veteran ATM, 10 orang berkerusi roda dan OKU, 8 orang balu serta 2 orang wakil waris telah diraikan sebagai tanda menghargai pengorbanan dan perjuangan yang tidak berbelah bahagi veteran ATM yang bertugas semasa darurat dahulu.
Penganugerahan ini juga adalah merupakan kurniaan atas sikap keperwiraan dan pengorbanan veteran ATM yang telah berkhidmat serta melaksanakan kewajipan mereka kepada negara.
Majlis ini turut telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin sebagai bukti keprihatinan terhadap kebajikan warga Veteran ATM yang menjadi keutamaan Kementerian Pertahanan Malaysia.
Selain itu, penganugerahan ini telah digariskan di bawah Teras 7 Pelan Strategik MINDEF iaitu Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM.