Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PENYAMPAIAN BANTUAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN UNIVERSITI LUAR NEGARA TAHUN 2024 HARGAI KECEMERLANGAN ANAK WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN

info

KUALA LUMPUR, 6 Jun 2024 – Seramai 94 pelajar telah menerima insentif bagi kategori Bantuan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Bantuan Universiti Luar Negara (ULN) Tahun 2024. Bagi kategori IPTA, seramai 84 telah menerima insentif berjumlah RM1,000 manakala seramai 10 pelajar ULN menerima insentif berjumlah RM2,000 setiap seorang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan.

Majlis penyampaian ini merupakan sambutan tradisi dan menjadi insentif ‘signature’ Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) untuk meraikan tahap kecemerlangan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). YLTAT akan menggalas tanggungjawab untuk mengaturgerak inisiatif pembangunan pendidikan yang mampu memberi ‘multiplier effect’ kepada pembentukan modal insan berdaya saing sejajar dengan aspirasi pendidikan nasional.

Semoga pengiktirafan ini akan menjadi inspirasi serta menyuntik semangat anak-anak warga ATM yang lain untuk turut mengikut jejak langkah dan dijadikan suri teladan pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, YB Menteri Pertahanan turut menyaksikan penyampaian sumbangan mock cheque bagi Program Sentuhan Elit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 sebanyak RM295,704 ribu daripada ILTIZAM by Ekuinas untuk membantu melaksanakan Program Sentuhan Elit SPM 2024 sebagai tanda sokongan jitu dalam memberi bimbingan serta membantu persediaan anak-anak warga ATM serta Kementerian Pertahanan.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my