Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman
Content
Berita
Kementerian Pertahanan Malaysia
Content

PROGRAM EXECUTIVE LECTURE DEFENCE MINISTER

info

PERAK, 5 September 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah menghadiri Program Executive Lecture Defence Minister yang dikoordinasikan bersama dengan Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam di Dewan Tuanku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Program ini adalah merupakan anjuran bersama Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) dan Markas Angkatan Tentera Malaysia – Bahagian Mobilisasi Angkatan Simpanan (MATM-BMAS) bersempena dengan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet PALAPES Ke-42 yang bakal diadakan pada 21 September 2024.

YB Menteri Pertahanan telah menyampaikan ucaptama dan memberikan pendedahan kepada para Pegawai Kadet PALAPES berkaitan kepentingan Angkatan Sukarela dalam mendukung konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) Negara melalui perkongsian dua hala. Dengan mengambil pendekatan Whole of Goverment dan Whole of Society (WoGoS), program ini sebagai pemacu dalam memperkasakan jati diri PALAPES.

Dalam pada itu, YB Menteri Pertahanan turut menyempurnakan Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tauliah Kehormat Askar Wataniah dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) kepada Naib Canselor Universiti Malaya, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak serta Naib Canselor Universiti Teknologi MARA.

Content
Hubungi Kami

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Malaysia
(60)3-4019 9999 (Ibu Sawat)
mindef[at]mod[dot]gov[dot]my